top of page

cukai taksiran

Cukai Taksiran

SUMBER BAHAGIAN HASIL , JABATAN PERBENDAHARAAN

TAHUKAH ANDA ?
Jika anda hanya seorang penyewa rumah/bangunan tersebut, apa harus anda lakukan ?
Anda dikehendaki mengemukakan bil-bil kepada pemilik untuk bayaran segera.  Jika pemilik gagal menjelaskan bil-bil tersebut, harta alih anda di dalam bangunan itu akan ditahan, oleh itu anda boleh melindunginya dengan membayar sewa kepada MPK.Ps. sehingga tunggakan dijelaskan.  Peruntukan Seksyen 151 (6) , Akta Kerajaan Tempatan melindungi anda sebagai penyewa.

Apakah yang harus anda lakukan apabila anda ingin membeli sebuah rumah / tanah kosong ?
Buat semakan dahulu di pejabat MPK.Ps. nama yang didaftar dan tunggakan yang ada bagi rumah / tanah tersebut untuk mengelakkan anda menyesal di kemudian hari.  Seksyen 146, Akta Kerajaan Tempatan 1976, menegaskan bahawa semua kadar ( tunggakan ) adalah menjadi tanggungjawab pemilik pada masa itu untuk menjelaskannya.  Anda dinasihatkan supaya menyemak dahulu perkara ini dengan peguam atau agen pengurusan yang menguruskan urusniaga harta tersebut untuk menentukan tunggakan telah dijelaskan oleh pemilik sebelumnya.

Jika pertukaran hakmilik berlaku seperti membeli / menjual / mewarisi rumah, harta, lot kosong, apakah yang perlu dilakukan ?  
Sila maklumkan kepada MPK.Ps. dengan mengisi borang notis pindah milik ( Borang I ) harta berserta dengan lain-lain dokumen berkaitan seperti salinan geran, kad pengenalan, bil cukai terbaru yang telah dibayar, dalam tempoh 3 bulan selepas pindahmilik dilakukan.  Jika gagal, pihak MPK.Ps. boleh mengambil tindakan mengikut Seksyen 160 (6) Akta Kerajaan Tempatan, iaitu anda boleh dikenakan denda sehingga RM2,000.00 atau penjara tidak lebih 6 bulan atau kedua-dua sekali.

Jika rumah / bangunan anda kosong tidak didiami, bolehkah anda mendapatkan pelepasan / pengurangan kadar taksiran ?
Kadar taksiran anda boleh dikurangkan dengan syarat anda memberi notis secara bertulis kepada MPK.Ps. mengenai kekosongan itu dan memenuhi syarat-syarat yang dinyatakan di bawah Seksyen 162, Akta Kerajaan Tempatan 1976.  Anda juga perlu memberitahu MPK.Ps. jika bangunan / rumah tersebut telah diruntuhkan, musnah atau dipindahkan ke tapak lain.

Bagaimana untuk menjelaskan Cukai Taksiran jika anda tidak berkemampuan membayar sekaligus ?
MPK.Ps. akan menimbangkan untuk bayaran dibuat secara ansuran bulanan.

APA ITU CUKAI TAKSIRAN ?
Cukai taksiran ialah bayaran cukai yang dikenakan ke atas pegangan harta berkadar yang terletak di dalam kawasan Majlis Perbandaran Kangar ( MPK.Ps.  ) :

  • Rumah Kediaman

  • Harta Perusahaan Kilang

  • Harta Komersil ( Kedai,Hotel,Kompleks Dan Sebagainya)

  • Tanah Pertanian

  • Tanah Kosong

Formula Pengiraan = Nilai Tahunan x Kadar

screen-13.09.00[10.07.2018].jpeg
Menu
  • Facebook
  • Twitter
  • YouTube
  • Pinterest
  • Tumblr Social Icon
  • Instagram
  • White Twitter Icon
  • White Facebook Icon
  • White Instagram Icon
Click dibutton undi
Undi
Untitled.png

  Clik salah satu bulatan dan lepas itu Clik Button Undi  

  Clik salah satu bulatan dan lepas itu Clik Button Undi  

Untitled.png
bottom of page