top of page

Perutusan YDP

Assalamualaikum Warahmatullahi Warabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1MALAYSIA.

Raja Berdaulat, Rakyat Berilmu

Negeri Sejahtera, Perlis Maju

Selamat Datang saya ucapkan ke Negeri Perlis dan kepada semua pengunjung laman web Majlis Perbandaran Kangar khususnya. Negeri Perlis adalah sebuah negeri yang kaya dengan kepelbagaian tarikan pelancong, produk makanan tempatan yang unik dan rakyat yang mesra serta berfikiran progresif. Secara amnya, Negeri Perlis terkenal sebagai sebuah negeri yang unik dari segi saiznya dan juga kedudukannya yang terletak bersempadanan dengan Negara Thailand, menyebabkan Perlis lebih dikenali sebagai negeri pintu masuk warga asing ke Malaysia yang popular dan juga laluan utama rakyat Malaysia yang menyeberang ke Thailand. Selain itu, Negeri Perlis juga dikenali sebagai sebuah negeri yang bersih dan sejahtera dengan catatan kemalangan jalan raya dan kadar jenayah yang rendah. Di samping itu juga, Negeri Perlis sedang menyaksikan pembangunan yang pesat di mana banyak projek-projek kemudahan awam serta perumahan dan komersil sedang giat berlangsung.

Justeru, laman web Majlis Perbandaran Kangar ini merupakan salah satu pintu gerbang ke Negeri Perlis di mana ianya merupakan medium penyampaian maklumat daripada kerajaan kepada rakyat. Antara lain, laman web kami menyediakan maklumat penting terutamanya mengenai perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan oleh Majlis untuk rakyat Negeri Perlis khususnya dan seluruh warga Malaysia amnya. Harapan saya semoga melalui laman web yang disediakan ini, rakyat akan memperolehi maklumat yang terkini secara cepat dan tepat yang memenuhi kehendak pelanggan dalam usaha Majlis meningkatkan kecekapan dan sistem penyampaian perkhidmatan. Adalah diharapkan ianya pula akan dapat diterjemahkan kepada kesenangan dan kemudahan kepada rakyat Negeri Perlis. Saya berharap agar usaha untuk memberi perkhidmatan yang terbaik ini akan dapat merealisasikan objektif serta matlamat semua pemegang taruh yang ingin melihat Kerajaan Tempatan di Negeri Perlis ini ditadbir urus dengan penuh integriti dan efisyen.

Saya juga amat menghargai dan mengalu-alukan sebarang maklumbalas serta komen konstruktif terhadap perkhidmatan Majlis Perbandaran Kangar dan juga terhadap kandungan laman web ini agar penyampaian perkhidmatan kami akan dapat dipertingkatkan ke tahap yang lebih baik.

Selamat melayari laman web Majlis Perbandaran Kangar.

Salam Hormat,

Khairin Nazry Karim

Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Kangar

screen-13.09.00[10.07.2018].jpeg
Menu
  • Facebook
  • Twitter
  • YouTube
  • Pinterest
  • Tumblr Social Icon
  • Instagram
  • White Twitter Icon
  • White Facebook Icon
  • White Instagram Icon
Click dibutton undi
Undi
Untitled.png

  Clik salah satu bulatan dan lepas itu Clik Button Undi  

  Clik salah satu bulatan dan lepas itu Clik Button Undi  

Untitled.png
bottom of page